Thursday, July 29, 2010

Azabnya api neraka Jahanam....



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi s.a.w. pada waktu yg ia tidak biasa datang "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang tidak mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat neraka jahannam."

Jawabnya: "Ya, ketika Allah menjadikan neraka jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, neraka jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."


Nabi saw bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanannya 70000 tahun, tiap pintu lebih panas dari lain yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu tersebut?" Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang musyirikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang Shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang Nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, adakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagamaina kamu boleh masih melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariku. Tahukan kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
  1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
  2. Setiap tingkat mempunyai 70000 daerah
  3. Setiap daerah mempunyai 70000 kampung
  4. Setiap kampung mempunyai 70000 rumah
  5. Setiap rumah mempunyai 70000 bilik
  6. Setiap bilik mempunyai 70000 kotak
  7. Setiap kotak mempunyai 70000 batang pokok zarqum
  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70000 ekor ular
  9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70000 rantai.
  11. Setiap rantai diseret oleh 70000 malaikat 
oleh itu kite sebagai umat NABI MUHAMMAD S.A.W renung2kan la akhlak kite dan lihat betapa sayangnye NABI menyayangi umat nye sendiri!

    Saturday, July 24, 2010

    rezeki

    cehh
    hari ni aku rase aku la manusia yang paling seronok dalam dunie ni
    ahahaah
    ni semue atas sbb2 tertentu
    dan aku amat terima kasih kepada sesiapa yg terlibat  same 

    iaitu :
    shakir                                            


    Dato Cakiero
                                       
                                          zaty                                                                            
    Eizaty Manan

    echa
    Nur Aishah Rosli

    wahida
    Nurul Wahida

    wan

    najwan
    Muhammad Najwan

    epoy nisa
    Epoy Shahiful

    jack dawson
    جاك داوسون Jack Dawson
    (muke asal tidak di kenal pasti )

    jepa pajepa
    Jepa Pajepa



    dan sesiapa yg tidak tersenarai disini
    ape2 pon THANKS KASIH to korang semue!
    HAHAHAHA

    Friday, July 23, 2010

    mcm ni pon ada ka??


    ahahahaahaa
    apa benda ni semue?
    uhuhuu

    Thursday, July 22, 2010

    kenapa tidak ROGOL saye?!!

    kisah benar yg berlaku di US


    Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
    bagus. 

    Suatu malam perempuan ini dalam
    perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
    yang diambil pula agak tersorok dan 
    tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. 

    Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
    berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
    takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan 
    bersaorangan. 

    Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
    itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
    sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
    ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
    Allah membantu dia disaat itu. 

    Masa dia melepasi tempat lelaki itu 
    bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
    baik lelaki itu buat tidak endah dan
    perempuan ini selamat sampai ke 
    rumahnya. 

    Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
    yang tidak dikenali dekat lorong yang
    dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
    yang dia lihat semalam adalah perogol
    itu. 

    Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
    melalui kawad cam dan selepas siasatan
    dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. 

    Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
    walhal dia keseorangan di masa tu, 
    tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
    tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
    kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol 
    tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
    tempat lain). 

    Dia pun tanya perogol itu.. 

    “Why don’t you do anything to me on that
    night even though you know that I’m alone?” 
    (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
    malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa 
    tu?) 

    Perogol tu jawab: 

    “No, you are not alone. That night I saw 
    two young man walking with you. One on your right side and the other one
    was by your left side. If you were alone
    of course you will be my victim.” 
    (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
    saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan 
    awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
    Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
    pasti awak jadi mangsa saya..) 

    Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
    penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat 
    Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
    yang dia baca malam itu. 

    p/s : MORAL CERITA INI??? 

    Jika kita sebagai hambaNya menurut
    segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
    memelihara kita. Wanita tadi 
    pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
    batas-batas yang ditetapkan Islam.
    Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
    hambaNya yang sentiasa ingat akan 
    diriNya. 

    "...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
    memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
    yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." 
    [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] 

    Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... 
    semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... 
    sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. 

    semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari 
    kejahatan syaitan yang di rejam…….

    Sunday, July 18, 2010

    DUNIE!

    ada ape di dunie yg sementare ini?
    kite dihidop kn didunie utk beribadat kepadaNYA
    iaitu tuhan kite si pencipta sekian alam
    namun begitu, ada kah kite semue lakukan seperti mane yg dituntut oleh NYA?
    kite tidak lakukan seperti mane yg dituntut nye
    malah kite lakukan ape yg lagi dilarangNYA
    kite tidak memikirkan tentang azab dan balasan di hari kelak
    iaitu HARI KIAMAT.,
    tetapi.,
    kite tidak memikitkn tentang NYA
    tapi kite hanye pikirkn tentang dunie yg sementara ini
    kite hanye pikirkan tentang dunie seperti duit dan wanita.,
    malah ada lg yg terlalu sesat ada juga yg sanggup berbunuh-bunuhan semate-mate
    demi wang ringgit yang tidak dibawa ke kubur.,
    malah yg lagi sesat adalah owg yg mengaku dirinye tuhan semate2 ingin mendapat kedudukan yang tinggi di dunie sehingga mereka lupakan kepada tuhan yg maha esa lg maha pemurah
    kite juge tidak mengingati dalam setiap perbuatan yg kite lakukan setiap hari
    ada juga sampah masyarakat yg benar2 tidak mengingati kepada tuhan yg maha esa lg pencipta sekian alam ini.,
    dgn melakukan maksiat., selepas itu setelah puas melakukan maksiat mengandung
    selepas mengandung semue owg ta na bertanggungjawab
    then lahir la anak luar nikah.,
    disbbkan tiada sesiapa yg na bertanggung jawab mereka buang bayi yang tidak bersalah itu seperti sampah sarap.,
    kenapa la mereka sanggup berbuat sedemikian?
    kenapa mereka tidak berfikir panjang sebelum lakukan ape2 dahulu
    cube mereka bayangkan mcm mne perasaan mereka jika ibubapa mereka membuang mereka sebegitu sewaktu mereka kecil dahulu!
    aku rase korang semue boleh pikirkan ape yg aku cakapkn semue ini.,
    bak kate pepatah owg2 dlu "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gune"
    bak kate nabil "lu pikir la sendiri"
    ahaahahha
    ape2 pon jike kite melakukan sesuatu perkare kite perlulah mengingati kepada tuhan kita ALLAH S.W.T.
    sesungguhnye, kite memohon keampunan dan pertolongan darinye
    aku tulis sebegini bkn na ckp yg aku ni baek sangat
    aku pon ada jgak burok nye
    bkn semue manusie itu sempurna
    so biase la bg manusia itu melakukan kesilapan
    tetapi kalo kesilapan buang bayi itu bkn namenye kesilapan tp KEBODOHAN!!!
    apekah ini semue perlu berlaku??
    korang renung2 kan la
    kite hidop ini hanye sementaredunie?
    ada a